Ahad, 1 Disember 2013

Sahabat untuk selamanya kau dan aku sahabat untuk selamanya SAHABATTTTTT

SAHABAT lebih sukar daripada matematik. Lebih rumit dari geografi. Lebih susah dari sains. Tapi ia tak sebosan sejarah kerana ianya penuh dengan chemistry."Ya Allah dia adalah sahabat yang ada dikala hambamu ini susah mahupun senang engkau berkatilah persahabatan ini hingga ke syuragamu Ya Allah"..amin
susah dan senang telahpun kami lalui bersama.Dalam persahabatan kami ni kalau nak ikutkan siapa yang paling kuat merajuk memang akulah orangnya dah tak boleh nak dinafikan lagi. Bila kami bergaduh budak-budak kelas kami selalu nak buat macam kami ni berbaik balik. Tapi kami masing-masing dengan ego kami yang tinggi ni buat hal masing-masing.Akhirnya kami berbaik semula adatlahkan dalam persahabatan mesti ada gaduh-gaduh sikit cehh cehh sikit. Bila exam kami duduk depan belakang je. Markah exam pun atas bawah je. Bila kami ada masalah kami selalu kongsi dan selesaikan masalah tu sama-sama. Alhamdulillah semuanya ok je. Bila waktu rehat di sekolah pulak hidayah tukang beli air dan aku tukang beli makanan. Boleh dikatakan tiap-tiap harilah kami buat rutin yang macam ni bila waktu rehat dekat sekolah. Kalau salah seorang tak ada ataupun tak datang sekolah nampaknya kawan-kawan yang lainlah kami mintak tolong takpun beli sendiri. itu jelah dulu yang aku nak cerita nanti kita sambung lagi ok..doakan persahabatan kami ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan